BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label villa insite. Show all posts
Showing posts with label villa insite. Show all posts

Friday, June 19, 2009

villa insite

salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua. kpd pembaca setia, kami mengucapkan time kasih sbb terus bersama kami. pengunjung baru plak, selamat dtg dan amat dialukan ke villaserista. silakan bersama kami dan njoy segalanya yg disediakan kpd anda. ok, villa insite telah kembali dgn isu2 terkini dlm villaserista utk kali ini.

villaserista telah diteruskan dgn post2 dr labels LI dan focus. selain tuh villa plus dan scene pon dh mola dgn isu2 yg berkaitan. yg donate utk charity bersama digi pon boleh dgn cara yg mudah melalui villa plus. banyak lagi yg akan dimuatkan dgn pembaca dalam villa plus. pengalaman Li diteruskan dan cter focus pon ada post iaitu shreya saran dan pulau aman. selain itu perkembangan dlm villa plak ialah,poll mengenai segmen yg disukai tuh, ada la juga dua individu yg vote setelah tempoh mengundi dipjgkan dan selepas meraih simpati dlm villa insite yg lepas. then, gadget yg disediakan pon telah disusunatur supaya lebih produktif(uish perkataan up sgt ni). untuk pengalaman pembaca yg lebih menarik dan informatif, kami tambahkan ruangan LINK. dimana pelbagai link telah disediakan dan akan dipertingkatkan dr semasa ke semasa mengikut keperluan. sorang rakan pembaca mengesahkan dan mengatakan tidak boleh dinafikan blog ni blog iklan. so, saya pon tak paham maksod sebenar. apabila kami mendapatkan maklumat lanjut, beliau berkata, villaserista ni cam2 ada, cam astro lagutuh. juz utk pengetahuan, kita bukan dok letak iklan barangan2 apa2 ke dan dapat keuntungan dr ctu, kalo tgk villa focus, kita bukannya mengiklankan tapi, berkongsi informasi dgn pembaca. kalo LINK kat sebelah tuh plak, pihak villa lebih memfokuskan link kpd media massa cetak spt suratkhabar, sbb lecturer kami slalu galakkn baca newspaper. selain tuh ada link to perkhidmatan telekomunikasi dan juga kementerian, penaja pengajian dan utk cari kerja pon. villa iklankan sume ni sbb ingin bg exposure dan link mudah dan informasi dan peluang (byknya dan) utk mereka senang mendapatkan maklumat. bila sy 'iklankan' ni sya xde la dpt komisen ke apa, cuma sbg satu perkhidmatan masyarakat je. ok? (xpe la nk kata blog iklan pon) sebenarnya blog ni xde pon iklan nuffneng (sengaja dieja salah sbb xnk bgtau namo sebenar) ke dan sbgnya, sbb itu yg dikatakan blog iklan, dan krew villa pon bukan buat keje sampingan jd sales promoter...huhu

pastuh ada juga org yg tanya apa maksod villaserista, aktuali, dh lama dh nk bgtau maksodnya, tp xsempat, kita bgtau kali ni. villaserista, perkataan ini leh dibahagi kpd 3 iaitu villas+seri+ista. villa as usual sebuah villa, tp kali ni villas(english), sbb ni villa yg kedua selepas villa de livina, seri(melayu) maksodnya villa yg berseri dan ista (tamil) villa berseri kegemaran...hehe camtuh la. kalo tgk betol2 namanya digabongkan sebegini iaitu villa(s)er(i)sta..ketiga2 nama tuh disepadukan dgn huruf perantaraan tersbt. aku pasti dlm masa ni, ada rakan pembaca yg akan menyoal especially sorang pembaca villa ni, bahawa kenapa xde bahsa cina ka? jawapan yg didahulukan ialah tidak, sbb aku xreti bhs cina. post dlm villa ni pon dikuarkan dlm 3 bahsa je, melayu, english, tamil. itu la al-kisah villaserista.

satu lagi isu ialah berkenaan layout blog..sorang lg pembaca telah byk kali memaklomkan mengenai isu ketidakbolehan mengomen di blog ni, so, spt yg dh bgtau seblm ni, kami telah pertimbangkan, dan skang dlm fasa try n error utk menukar layout di arena yg len, kene ada trial dulu sblom tukar layout, takot nnt tukar, xleh komen plak...so apabila fasa trial tamat, akan ditukar layout yg mesra pembaca.

so, inilah updates terbaru utk villaserista, so teruskan bersama kami, baca post2 kami dan villaserista akan memulakan weekends@serista* di mana setiap weekend akan ada post yg menarik utk dibaca, so anda dpt mengunjungi kami dan enjoy pd hujung minggu. sekian, terima kasih. -villaserista-

*tertakluk kepada terma dan syarat serta resources.

Saturday, June 6, 2009

villa insite : tergempar

uishhh, ni villa insite tergempar, sbb baru2 ni ada insite yg terlalu kerap (??padahal kata nk insite secara berkala, tp asyik dok insite je-utk bezakan ngan insite laen, kita letak tergempar ckit)

firstly nk cakap sal satu gadget yg ditambah kat cni, iaitu jam/clock. motif jam ni ditambah ialah utk memberitahu waktu kpd pembaca, knp nk bgtau, korang xde jam ke?? bukan sal tuh, kami nk bgtau kol bpe korang masuk blog n kol bpe korang leave the blog, so korang tak la leka sgt dok melayari blog sampai keje2 yg nk disiapkan tertangguh atau terlepas begitu sahaja. so kami letak satu jam kat atas skali n bawah skali kat ruangan gadget2 ni. so korang tau la kol bpe masok (kat atas tuh) ngan kol bpe kuar (kat bawah skali).
then nk bgtau gak sal undian/poll yg dijalankan sepanjang hampir 20hari kot. sepanjang tempoh tuh cuma sorang yg undi, so mmg nk ucap time kasih kat pengundi tuh la. so secara sebulat suara ngan satu undian, dengan rasminya diumumkan bahawa segmen yg paling diminati dalam blog lepas dimenangi oleh villa xtra iaitu cter lawak/komedi. tahniah diucapkan kpd krew villa xtra. dr ramai2 yg baca blog aku, sorang je vote, kami di villaserista agak sedih la. tp, xpe, lepas ni akan ada poll yg lebih menarik utk anda undi.
next, sal bilangan pembaca unik atau yg boleh dilihat di gadget unica tuh. sejak blog dimulakan pd 10 mei hingga 5jun, villaserista mencatatkan 100 org pembaca unique hits. mmg krew rasa hepi, sbb dpt 100 pembaca dlm masa kurang sebulan, walaopon skang dlm masa cuti sem. krew penganalisis ekonomi dan perkhidmatan pelanggan villaserista mengharapkan angka akan meningkat ngan mendadak menjelang sem baru nanti, apabila member2 ada akses ke tenet.dengan itu, krew mengadakan sambutan pembaca ke-100 dan akan diberikan hadiah. akhirnya dapat gak la pemenangnya. beliau sebenarnya xtau yg villa dh tuka ke blogspot. bila dia memasuki blog villaserista buat pertama kalinya, naseb menyebelahi beliau apabila beliau yg pertama kali menziarahi villa turut merupakan pembaca yg ke-100. beliau tak laen tak bukan nadrah binti fihil (jgn lupa baca blog beliau: theworldofnadrah; ada link kat sebelah). beliau telah memenangi hadiah pas keahlian seumur hidup utk membaca blog villaserista sepanjang hayat secara percuma. tahniah diucapkan kepada beliau. di sini, kami juga ingin mengambil kesempatan utk merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kpd sume pembaca setia yg sentiasa setia bersama kami dan pembaca baru yg sedang mula menyukai villaserista, tanpa anda dimanalah kami. terima kasih sekali lagi. kami harap anda sume akan terus melayari villaserista (dan juga jgn lupa rakan blog kami villa de livina dan yg akan dtg veenayaka).
terima kasih/thank you/nandri/xie xie
-villaserista-

Sunday, May 31, 2009

villa insite

Salam sejahtera dan salam permuafakatan. terlebih dahulu nk ucap welcome again kepada pembaca setia dan welcome to new readers yg baru mula membiasakan diri dgn villaserista. villa insite akan dikeluarkan secara berkala utk memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat (cam one stop centre la) mengenai apa yg baru dan apa yg hot dlm blog.
satu lagi edisi villa insite membawakan kepada anda isu2 yg terkini dalam villaserista. utk pengetahuan anda, villa focus dah dimulakan, so anda dptla mempunyai satu focus terhadap perkara2 dlm idop seharian anda. pastuh, ha, dlm edisi insite lepas, ada bgtau sal byk2 segmen kan, ok kali ni, aku akan kecikkan segmen2 kepada hanya beberapa segmen utama sbb kalo ada byk segmen ianya menelan belanja masa yg tinggi lgpon skang ni masa ekonomi xmenentu, so kita kene berjimat cermat dlm apa jua yg kita lakukan.

berikut adalah perkhidmatan baru yg akan ditawarkan :
villa max – pengalaman blogger to the maximum
villa scene – pengalaman idop/isu2 utk direnungkan (dahulunya dikenali sbg scene villa)
villa xtra – cter lawak/komedi/top events
villa LI – pengalaman LI blogger
villa focus – focus kepada produk/perkhidmatan/promosi dalam kehidupan harian
villa nutri – isu makanan dan pemakanan (dahulunya dikenali sbg nutri villa)
villa xclusiv – pendedahan eksklusif mengenai isu/foto
villa gold – post2 dari blog villa de livina (old is gold)
villa canopy – perkongsian pengalaman pembaca tanpa di-edit semula (dahulunya dikenali sbg our villa)
villa insite - perkembangan terbaru dan update terkini dlm blog
villa plus – mana2 cter yg xtermasuk dlm ruangan di atas

sebenarnya krew xnk juz bercter mengenai pengalaman peribadi, tetapi lebih kpd satu kompilasi maklumat/informasi yg dapat menghiburkan dan meng-edukasi (educate) pembaca. krew sentiasa meluangkan masa utk mencari maklumat terlebih dahulu dan pastuh edit dan post kat cni, so para pembaca xyah la nk dok g cari satu-satu. kat cni dh dirumuskan maklumat yg ada utk keselesaan pembaca dan amat memudahkan pembaca. juz one click, dh sampai ke maklumat yg kamu inginkan dlm bentuk hiburan. menawarkan kepada anda laen drp yg laen. so kamu boleh la, suggest kat member soh baca. kalo masa cuti sem xdpt tenet, bila dh start sem, baca abes sume post yg ada.

perkara yg amat penting utk makloman pembaca ialah, krew villaserista amat kesal dengan ketidakbolehan pembaca utk comment atas sebab2 teknikal tertentu. kami amat menyesali di atas kesulitan tersebut. kami akan cuba atasi masalah ini. Jika anda mempunyai sebarang pendapat atau cadangan sila komen di bhgn chat say@serista buat masa ni.

jika anda mempunyai sebarang pendapat atau isu atau gambar2 utk dimuatkan di dlm mana2 ruangan kami, anda amat dialu-alukan. pembaca leh berkongsi pengalaman di segmen scene dan xtra, anta gambar atau memberi cadangan utk dikupas dalam villa focus. kami sentiasa menerima apa jua input drpd anda. sekali lagi time kasih kerana setia bersama villa dan juga kepada para pembaca baru. jgn lupa bc setiap satu post dlm blog, pasti memenuhi citarasa anda. terima kasih/ thank you.

-villaserista-

Friday, May 22, 2009

villa insite

Selamat sejahtera n Salam permuafakatan.

Masa blog ni dimulakan xbayk introduction diberi, aku baru sedar. so, villa insite ini sebenarnya segmen/ruangan apa ek…tiba2 ada ruangan baru kat cni. actually, ianya adalah sambungan drpd villa de livina highlights yg ditukar nama ke villa insite (iaitu dalam tapak villa). bendalah ini akan menerangkan happening terbaru dalam villaserista dan juga apa yg bakal muncul dlm ni. ia dapat membantu anda mempunyai sedikit info sal persekitaran villa dan mengikuti perkembangan terkini, kalo terlepas mana2 post, review kat cni boleh memberi sedikit panduan. villa insite akan diterbitkan dr masa ke semasa.

sebenarnya, setakat bermulanya villaserista (vs), coma ada 4 segmen iaitu villa insite, villa max, villa xtra dan villa LI. villa insite yg ni lah kan, villa max plak akan ceritakan pasal pengalaman blogger ni, villa xtra plak sal cter2 yg lawak yg berlaku di sekeliling aku ni. villa LI plak sal pengalaman aku di latihan industri (LI). perkembangan villa LI akan ada setiap minggu sampai la aku abes LI aku. villa xtra pon akan ada la lagi cter2 lawak yg xseberapa la (mungkin ada yg rasa x lawak, aku xleh nk buat apa kan, mampus pi kat korang la)

ruangan laen dr blog de livina akan dibawa masuk ckit2. our villa akan sambung bila ada org nk konfes apa2 kat cni. nama our villa dirancang ditukar kepada villa canopy. (apasal canopy, ianya sbb apabila anda membualkan luahan anda, anda mungkin dok bawah kanopi dan sembang2, so dr segi itu, villa canopy akan menjadi tempat anda berteduh dan menceritakannya. scene villa pon akan ada la bila pengalaman yg menyedihkan hati atau utk direnungkan bersama, scene villa akan dinamakan sebagai villa scene lps ni. yg ni sume akan bersambung bila ada cter utk ditulis la. nutri villa pon akan diteruskan bila aku dh xde apa2 utk ditulis, sbb nutri villa ini memerlukan fakta, jd ambik masa yg agak lama la utk difokuskan. so lembap ckit, mungkin nutri villa akan dituka jd villa kitchen atau villa dining.

yang akan datang pula, byk la sbb byk yg ada dalam perancangan dan diimaginasikan. antaranya ialah villa gardens, villa screen, villa focus dan villa plus.villa gardens, dimana akan dimuatkan mengenai cter sal persekitaran ataupon environment kita ni dan bukannya the gardens mid valley. villa screen plak ialah ruangan utk video2 la(tapi ini dalam perancangan sbb mgkn video akan dimuatkan berdasarkan ruangan yg sedia ada la). villa focus plak akan mefokuskan kepada brand atau sesuatu barangan atau perkhidmatan yg bg saya adalah bagus dan saya menceritakan pengalaman saya mengenai brand atau perkhidmatan tuh la, mungkin dari kenderaan, ke perumahan ke pakaian ke makanan maybe, macam2 ada. villa plus plak, akan dimuatkan cter2 yg xmasok dalam mana2 ruangan yg ada ni la. tgk la camana. sume ini dlm perancangan sbb ntah relevan ke tak dalam masa terdekat ni dan mungkin aku xdpt buat ke, tgk la masa yg aku ada. tapi akan ada satu segmen iaitu villa xclusiv (exclusive, sbb nk bg eksklusif, ejaannya dibuang huruf E di depan n blkg,huhu) dalam ni akan dimuatkan pendedahan hebat mengenai segelintir manusia dan haiwan di sekeliling kita. skang ni dalam fasa mendptkan kebenaran dr pihak terbabit utk gamba mrk dimuatkan dlm blog (xnk kena saman plak). jadi akan di-post-kan dlm masa terdekat.

so ni la, perkhidmatan yg ditawarkan oleh villaserista. blog ni xnk jadi cam blog yg dok cter yg dia pergi sana pergi ctu atau apa yg dia pernah buat, dok letak gamba cam2 la, kita mesti buat sumting yg laen. oleh itu, ruangan memori villa ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta merta. as i said, pelbg isu akan dimuatkan berserta entertainment dan information, tuh la motto blog ni. so stay tuned with us...more to come...only at villaserista…come home to villaserista…

Saturday, May 9, 2009

we are back!!!

akhirnya, after 2 bulan villa masuk dalam versi hibernasi, kini kembali dengan wajah baru, hehe...maklom la seperti yang dikatakan, editor blog yang sibuk dan menyibok sampai xde masa nak update sgt blog villa de livina, padahal ramai yg menunggu post2 baru dlm blog tuh, tapi apakah dayanya, sbb kekurangan resources nk update blog, so terpaksa hibernasi la utk tempoh itu. so ingat bila start balik berblogging, kene la bg satu experience baru kat pembaca, so aku terus tukar blog aku ke blogspot, the main reason sbb pembaca kata susah nk komen kat blog sebelom ni, so kat blogspot senang ckit, then nama blog pon dah tukar sbb ntah la kenapa ramai yg dok komen nama blog aku, padahal blog aku so aku letak la nama kesukaan aku (aku nk letak villa ka village ka, grand livina ka nissan mpv ka, proton exora ka, boleh je kan). nama kali ni pon kesukaan aku gak villaserista, kalo nk panggil villas pon boleh gak. so wajah pon dah tukar sbb kat blogspot lagi banyak features yg mesra pembaca, so aku ni kan selalu kata blog ni mesra alam, so itu la sbb sume jenis pertukaran ni.
blog kali ni jgn terkejut la kalo ada dalam bahsa melayu, english n tulisan tamil, korang baca la apa yg korang paham, jgn nk terover lebih terkejut dan sebagainya. apa pon, banyak segmen n jenis story akan dikekalkan dalam blog ni, cter2 lawak dan mencairkan hati akan dikekalkan, so sambil menangis boleh tergelak dan berketawa..ha 2 in 1. itu je la, xnk bising2 sgt, juz as usual nntkan post2 yg terbaru yg pasti anda suka...teruskan bersama villa.
kalo ada masa free2 tuh aku akan coba utk masukan post2 kat villa de livina so tat pembaca baru boleh menikmati post2 yg lama, kalo nk visit blog lama, sila klik di sini. boleh la baca kat ctu...then sambong balik baca kat cni ya. tanxxx readers n enjoy reading

வணக்கம்

வணக்கம். விள்ளசெரிச்ட ப்லோக் உங்களை அன்புடன் அலைகிறதே. மீண்டும் உங்களை பழ புது அங்கங்கள் உடன் சந்திக்கிறோம். எங்களுடன் இன்னைண்டேறேங்கள், நன்றி.

selamat datang

selamat datang ke villaserista, an infotainment blog, kembali dengan pelbagai isu menarik khas untuk anda. alami pengalaman blog baru.

welcome

welcome to villaserista, an infotainment blog, back with varieties. enjoy the offerings. welcome again.


I made this widget at MyFlashFetish.com.