BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 14, 2009

focus : pulau aman

salam sejahtera dan salam perpaduan. kali ni kita akan memfokuskan satu destinasi pelancongan. destinasi kali ni ke pulau aman. (ada org kata blog ni blog iklan, kalo iklan, selalunya pihak yg mengiklankan dpt untung atau bayaran tapi blog ni cuma berkongsi apa yg diketahui oleh villa bersama pembaca, kami xdpt bayaran, cuma memberitahu anda sedikit maklumat tambahan.

kalo bercakap sal pulau pinang, sume org tau sal pulau pinang ataupon pulau jerejak, tapi xbyk yg dikenali sal pulau aman atau island of peace, seprt namanya, pulau ni mmg aman dgn populasi seramai 300 org je yg kebanyakkannya kanak2, wanita dan org tua di pulau yg seluas 115hektar. antara tarikan di pulau ni tak la byk sbb pulau yg kecil dan rata2 penduduknya ialah nelayan, so tarikan di sini ialah memancing, jungle trekking, dan water sport. akses terdekat ke pulau ni ialah dr bukit tambun. skang ni dh bina jeti baru di batu kawan. jeti di bhgn pulau aman plak ada satu restoran nelayan terapung yg menunya berasaskan udang, mee udang dan nasi goreng udang.

eksplorasi di p.aman xlah byk sgt. ada satu jalan simen utk pejalan kaki sepanjang 4km, yg membawa pelancong ke pantai berbatu-batuan ekcil (pebbles) dan pokok kelapa. ada gak satu telaga yg dipanggil telaga emas yg terletak tepi pantai. air telaga ni xpernah kering dan walaupon di tepi pantai, airnya bersih suci dan takkan masin w/pon ditambah air laut. di sebelah p. aman ada setu lagi pulau iaitu pulau gedung. kalo nk gi pulau ni ada bayaran laen n kene sewa bot khas. tarikkannya adalah makam batu perompak dan gua lanun, sbb pulau ni dulunya tempat persembunyian lanun.

kalo anda nk ke p.aman, perlu keluar di exit bkt tambun dan ke jetinya. perkhidmatan bot bukannya sepanjang masa ttp hanya pd pukul 10am, 1,4 dan 7pm dr bukit tambun dan pkol 8am, 12, 3 dan 6pm. tambangnya lebih kurang RM 4 ke 6. program homestay dan chalet juga disediakan dgn kadar berpatotan. buah yg paling banyak kat cni ialah buah sukun/bread fruit.

pulau aman ni xleh dibandingkan dgn pulau pangkor/langkawi/kapas/redang or perhentian, tp kalo rasa nk tinggalkan kesibukan harian dan berjalan2 sepanjang pantai pulau ni boleh la. juz nk jalan2, or gi makan mee udang tuh. ada sorang pengunjung melaporkan yg dia dh pusing satu pulau dlm masa 1 jam setengah.

so decide for yurself nk dtg ke tak, kpd yg tinggal kat penang ni la. im planning to go wit my frens pada minggu depan....hehe...kalo nk ikot bgtau la.







0 comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.