BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 16, 2009

top3 events mac/apr 09

ye, dh tiba pon post top 3 events utk bulan mac dan april. ini antara segmen yg ditunggu dlm blog ini. as usual akan ada la benda lawak yg dilakukan oleh segelintir org yg akan disuluhkan (suluh bukan sula) dalam post ni. so tanpa melengahkan masa jom kita masuk tang cter lawak yg agak xbetol ni.




di tempat ketiga:


benda ni sebenarnya berlaku pada bulan februari, tapi hanya dimuatkan dlm post kali ni. sebenarnya ada berlangsung satu karnival dekat cni masa tuh, so aku n member aku g makan masa karnival tuh. so sume org order char kuey teow. so bila makanannya sampai , aku tanya member aku ni awat char kuey teow dia basah. dia kata mmg la char kuey teow basah. aku kata mana ada, kalo minta basah baru dia bg yg basah, kalo x dia kasi yg kering/biasa je la. dia kata x, mmg basah. so masa tuh aku terima la sbb mungkin dia benar, then lepas tuh aku tanya kat member aku sorang ni yg asalnya penang gak macam aku.(sume org tau kan penang ni food capital of malaysia) bila tanya dia kata char kuey teow kering la, tp xla kering ada la gak kuah dia. (tapi kuah kat char kuey teow yg aku makan tuh mmg basah, kuah dia bertakung do). so aku terima je la. sbb nnt aku nk buat kajian lanjut. cter lawak disini ialah budak penang tuh sebut char kuey teow sbg "char 'k' teau". perlukah??? biar je la, nk sambong story basah n kering. selepas kajian lanjut, aku dapati char kuey teow yg asli atau yg org cina punya ianya kering atau biasa je, tp bila diasimilasi oleh org melayu/tempatan ia jd basah, so itu je la...sbb itu 1st time aku makan versi tempatan punya, sbb itu aku pelik sgt, member aku plak makan yg versi tempatan sbb faktor halal. kesimpulannya basah/kering dua2 diterima. janji jgn kene tangkap basah dah.

di tempat kedua:

yang ni plak berlaku masa program yg dianjurkan satu kumpulan ni. program ini harus dilaksanakan dgn jayanya kerana membawa markah yg termat banyaknya utk finals. so keseluruhan gp ni sgt bersemangat menjalankan tugas msg2. ada satu member ni bertugas cari sponsor. akhirnya dia berjaya dpt 3 sponsor. salah satu sponsor, awal2 lagi dh setuju nk sponsor kitrang. tp malangnya member2 ni ramai yg xtau sal sykt ni. xpe la, nk sebut nama dia pon xreti sgt, cam2 versi yg dijumpa. sorang ni, nk ejakan nama sponsor ni, dia eja 'abbort'. bila aku nampak dia eja camtuh aku tanya kat dia, sapa yg keguguran ni? (sbb bila tgk betul cam abort=gugur kandungan) kesiannya kan. dia kata la ni sykt tuh yg bg sponsor kan...aku dh xtahan nk gelak, apakah yg dia buat ni. nama sykt tuh abbott. dh la dia kuarkan cam2 produk termasuk susu utk ibu mengandung sume kan.. aku tanya balik kat dia, "kalo org minum susu sykt ni gerenti dia akan keguguran la, ataupon sapa yg nk gugurkan bayi leh la minum susu dia". member aku sbelah ni dh gelak xtahan dh. dh la dlm lecture room, dok gelak je, nseb bek xkena marah. sapa yg gugurkan bayi g cari member aku ni...huhu

di tempat pertama:

ha, kalo tempat pertama mestilah ada peristiwa yg xbetol berlaku kan. mesti ada xkene sumwer, nk buat camane apa yg xkene tuh yg jd bahan ketawa. huhu. ok kita sambung. ada satu kali kat lecture room, tak ingat dh subjek apa, tp yg aku tau arituh dok cakap pasal diarea apa benda lah. so ada member laki yg dok sebelah aku ni, tiba2 dia tegur sorang budak pompuan yg dok kat sebelah satu lagi, masatuh dak pompuan ni dok sembang sakan pasal apa benda tah, yg menarik minat dak laki ni utk tegur dia sal yg diarea tuh la. laki ni tanya kat dia, awak sakit perot ke? dak pompuan plak jawab 'eh camana awak tau?' laki ni tanya balik kenapa cirit ke. dak pompuan ni, aku xtau apa benda lawak yg dia nk buat masa tuh, boleh plak dia menjawab ngan satu soalan yg begitu lawak utk aku. aku xleh terima jawapan dia tuh. ha nk tau apa budak tuh jawab. ha dia jawab ' kenapa, ada bau ke?' boleh tak dia tanya soalan camtuh. org tanya cirit ke, dia tanya balik ada bau ke. aku xtahan lgsg mendengarnya. ishhhh. apa benda la dia...then masa tuh, lecturer aku ada sumting la nk di bgtau, so perbualan mereka terhenti la. lepas kejap, dak ni bangun n kuar dr lecture room, masa tuh aku bgtau dak laki tuh 'ni mesti gi toilet sbb cirit' hehe...kami sambong gelak je la. nk buat apa lagi, takkan nk bau kot...yuck! so len kali kalo sakit perot g klinik, jgn dok tanya ada bau tak...selamat hidop dgn sihat.

begitu la kedudukan carta kali ni, apa pon, kalo xlawak sgt sory la, sbb ni je la peristiwa yg berlaku, sbb aku x byk kelas, dm masa yg sama study week n exam, so xbyk peristiwa yg berlaku di sekeliling aku. so apapon, tunggu la carta utk bulan2 yg akan dtg plak ye. sekian terima kasih.

0 comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.